<bgsound src="http://onlinerock.com/clubs/eifan82//toshiro_masuda_-_morning.mp3" loop="infinite"> kedamaian: Kedatangan Zulhijjah bulan Ummat

Januar 12, 2005

Kedatangan Zulhijjah bulan Ummat



Hari ini masuk 1 Zulhijjah 1425 Hijriah, bersamaan 12 Januari 2005 Masehi. Tinggal sebulan lagi untuk tahun baru hijrah Awal Muharram 1426. Tengah kita sibuk-sibuk dengan tahun baru 2005 sedar tak sedar kita dah di bulan terakhir 1425H, bulan Zulhijjah yang penuh dengan sejarah penting ummat Islam. Aku terutamanya yang semakin sibuk nak final exam Wintersemester 2004/05 sampai boleh terlupa I'dul Adha yang menjelang tiba 10 hari lagi. Simbol kekuatan dan perpaduan ummat Islam yang terletak pada Ibadah Haji terserlah pada bulan ini melalui ibadah Wukuf di padang Arafah pada 9 Zulhijjah. Bayangkan berjuta-juta umat Islam tidak kira bangsa, warna kulit, bahasa dan kedudukan bersama-sama mengerjakan ketaatan kepada-Nya..ALllahu-Akbar..! Dalam aku teringat pasal ni, terbelek buku Amalan Sepanjang Hayat terbitan Muafakat Sdn Bhd..Boleh kongsi ngan semua amalan-amalan yang di tuntut dalam bulan ini :

1-8hb : Sunat berpuasa
8hb : Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat.
9hb : Hari Wukuf di padang Arafah. Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat. Sunat berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji.
10hb : Hari Raya I'dul Adha, solat sunat I'dul Adha, bertakbir. Melakukan korban.
11-13hb : Hari-hari tasyrik. Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat. Bertakbir selepas solat waktu.
29/30hb : Selepas solat Asar membaca doa Akhir tahun.


Aku rasa kita pun kena perbetulkan kefahaman bahawa raya I'dul Adha tidak membawa sebarang makna yang besar, cam raya I'dul Fitr. Para Ulamak telah menegaskan bahawa I'dul Adha berkali ganda lebih besar afdhal menyambutnya daripada I'dul Fitr. Untuk kita kat oversea ni, insyaAllah di samping sibuk studi dan kelas, renung-renungkan dan banyakkan amalan..Untuk peringatan kepada diri aku, aku petik msg YM usmedpmram :

KAMI MENGAJAK SEMUA SAHABAT2 MUHASABAH DIRI DAN MENAMBAHKAN AMALAN SEMPENA DENGAN SEPULUH HARI AWAL DALAM BULAN ZULHIJJAH : Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”. Para Sahabat Baginda bertanya : “Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah ?” . Ujar Baginda : “Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”. Imam Ahmad Rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”. Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir Radhia Allah ‘anhu bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Seutama-utama hari adalah hari ‘Arafah”.

1 Comments:

At 3:21 AM, Blogger Unknown said...

HEY LOOK, IT'S MECCA!

 

Kommentar veröffentlichen

<< Home