<bgsound src="http://onlinerock.com/clubs/eifan82//toshiro_masuda_-_morning.mp3" loop="infinite"> kedamaian

April 08, 2005

MGSS-News : Frühlingsgrüsse

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Semester baru musim panas atau Sommersemester 2005 tiba lagi dan membawa seribu makna kepada kita para pelajar Malaysia di Jerman. Bagi ‘Batch Senior’ yang akan atau telah pun menamatkan pengajian Diplom/Masters/PhD mereka tahun ini, mereka menjadi pembakar semangat kepada kita untuk juga menamatkan pengajian dengan jayanya dalam masa yang ditetapkan. Susah senang belajar di negara orang menjadi asam garam hidup kita di sini. Bagi pelajar baru yang memulakan Semester pertama atau Ausländischerstudienkolleg – ASK tahun ini diharapkan cekal menghadapi cabaran baru belajar di Jerman.

Malaysian-German Students’ Society - MGSS pada tahun ini juga terus mengorak langkah sebagaimana tahun-tahun sebelumnya sebagai satu kesatuan pelajar mewakili seluruh pelajar Malaysia di Jerman. Mesyuarat Agung tahunan (AGM) MGSS telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Desember 2004 yang lepas dan barisan pimpinan baru MGSS telah dipilih untuk meneruskan matlamat penubuhan dan halatuju MGSS pada tahun ini. Saya mewakili rakan-rakan ahli majlis tertinggi MGSS mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang ditunjukkan semua melalui AGM lepas dan akan cuba berusaha sedaya mungkin memberikan khidmat terbaik. InsyaAllah dengan sokongan semua, dari semua bandar seluruh Jerman, MGSS sebagai platform untuk kita berinteraksi dan merapatkan hubungan sesama kita akan cuba menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Dedikasi dan komitmen para AJK lepas menubuh dan menggerakkan MGSS akan cuba kami kekalkan.

Pihak kami meminta maaf kepada semua ahli di atas kurangnya maklumat dan info terkini berkenaan MGSS selama 3 bulan lepas. Pihak kami telah 2 kali bermesyuarat peringkat Majlis Tertinggi bagi memperkemaskan Jawatankuasa Tertinggi MGSS serta peringkat bandar/ahli-ahli dan merangka perancangan tahunan MGSS untuk tahun ini.

Yang menjalankan tugas,

Presiden MGSS 2005
Bingen am Rhein, den 1.4.2005


Februar 09, 2005

Salam Awal Muharram

Salam 1 Muharram 1426, tahun baru hijriah bersamaan maal hijrah Rasulullahi SAW. Sempena tahun baru ni, sesama kita usaha ke arah memperbaiki diri, muhasabah jiwa, 'tazkiyatunnafs' menyucikan hati..insyaAllah menuju mardhatiLlah..Selama 2 tahun di luar negara, diri sendiri ni rasanya makin banyak lagha dan lalai..bila redha-Nya jauh, nur hidayah hilang, ketenangan kurang dan rasa cam tak berkat je sume benda yg dibuat..InsyaAllah azam daripada sekecil-kecil perubahan..terutamanya menjaga solat 5 waktu tertib dan tartilnya..kpd perubahan yang lebih besar lagi..Ameen..

Renungkanlah maksud Doa Awal/Akhir tahun, sbg niat kita di thn baru :

"Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia."

"Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu."

rujukan : Darulnuman

Alhamdulillah rini selesai satu lagi paper, lagi 2 to go..Abis 18.2 nanti, 21.2 terus mula praktikal sebulan ni Mainz sampai ende März..So xbanyak masa nk rileks..Kepada yang balik Msia Winterferien ni, Gute Flug! Best aa korg balik..isk isk..insyaAllah aku balik summer dpan :) Yang dh abis xm, tgh xm, baru nk mula xm..Alles Gute..yang nk reisen/travel tu Gute Reise.."Berjalanlah di muka bumi ini dan perhatikanlah tanda-tanda kebesaran Allah SWT".. ALG5 yang nk mula Praxissemester selamat berkeje la korg..batch senior ALG3 yg dah nak abis 2. Praxissemester congrats..nk grad xlame dah..Kat org Msia, selamat cuti CNY..Leh rehat lama skit kat umah..kat farid member aku..best la demo buleh ngail ude galoh di sg kelate..Selamat Ngail :) bis dann Wassalam Sume!



Februar 05, 2005

Golden Toast E471 Mono- und Diglyceride

Alhamdulillah, nasib baik halal :) Harini baru dapat reply Kamps Brot- und Backwaren yang mengeluarkan roti brand Golden Toast yang E471 mereka adalah daripada tumbuhan. Mekasih kat wawa dan nena yang timbulkan isu ni baru-baru ni.Lepas check dan tanya betul-betul ngan 'Hersteller' diaorang jawab camni :
"Wir können Ihnen mitteilen, dass die in unserem Produkt Buttertoast enthaltenen Emulgatoren Mono- und Diglyceride von Speisefettsäuren, nach Aussage unserer Lieferanten, pflanzlichen Urprungs sind. In früherer Zeit wurden diese Emulgatoren auch mitunter aus Schweineschmalz hergestellt. Derartige Produkte sind unserer Kenntnis nach jedoch kaum mehr in Handel."



Nasib baik ler Buttertoast ni halal, sebab dalam kebanyakan roti dan brand..Aku prefer yang ni, murah n rasa best. Tapi tula cabarannya kat 'oversea' ni, 'mostly' semua benda kita kena check dulu.Terutamanya produk roti dan kek ni, E471 yang biasa digunakan boleh datang daripada 2 sumber: Lemak sayur atau Lemah haiwan. Dan kalau lemak haiwan semestinyalah daripada haiwan "...." tu..kerana menda alah ni murah. So kengkawan kat Germany atau sekitarnya insyaAllah kalau roti Kamps atau brandnya..E471 di dalamnya adalah daripada tumbuhan. Bolehlah pasni sambung beli Buttertoast kat Plus :)


Februar 02, 2005

Kelantan in News

Tgh duk belek² paper online, terjumpa berita ni..Endlich eine Uni in Kelantan, akhirnya satu Universiti di Kelantan..yang nk di'highlight'kan kat sini bukannya isu politik pemilihan tapak tersebut, tp perancangan penubuhan tersebut..

Universiti Kelantan: Tapaknya di Jeli bukan Kok Lanas?
Monday, January 31 @ 17:40:12 MYT Harakahdaily

JELI, 31 Jan (Hrkh) – Ramai penduduk mahu Jeli dijadikan tapak bagi cadangan pembinaan Universiti Kelantan yang berasaskan sains perubatan dan bukannya di kawasan Dewan Undangan Negeri Kok Lanas di Ketereh. Pelbagai pihak di sini berpendapat, Jeli mempunyai tapak yang sesuai berbanding Kok Lanas, memandangkan banyak lagi kawasan belum dimajukan. Baru-baru ini, Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Dato’ Annuar Musa memberitahu pihaknya melobi supaya Universiti Kelantan yang berteraskan sains perubatan dan bioteknologi dipersetujui kerajaan Pusat. Malah katanya, universiti tersebut akan membuat pengambilan pertamanya mulai sesi 2006/2007. Memorandum penubuhan universiti tersebut diserah kepada Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak dan Kementerian Pengajian Tinggi. Cadangan itu kemudiannya mendapat respons kerajaan negeri, di mana Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Ustaz Mohd Amar Abdullah berharap hasrat Umno tersebut benar-benar menjadi kenyataan dan bukan sekadar retorik semata-mata.
Berita penuh.

Teras universiti baru ini yang katanya Medic n Biotech menarik minat aku. Kalau betul jadi maka di sini satu peluang yang cukup luas untuk 'academicians, engineers n technicians' khususnya bidang sains perubatan, farmasi, sains biologi, bioteknologi dan kejuruteraan berkumpul di satu institusi untuk memajukan bidang ini. Selain untuk mendidik pakar² baru, R&D boleh bertapak..dan jadi cam kat Germany ni, industrial oriented Institution..

Namun, untuk sampai ke tahap tu mmg xtau lah bila..sebagaimana yang boleh kita tengok kat Universiti² sedia ada..politiking melebihi professionalisme..susahlah untuk mencapai tahap yang diharapkan..Setakat nk menubuhkan dari segi fizikal, bangunan besar indah tersergam..tapi pengisian dan org² di dalamnya..hm..contohnya rasa xpayah ditulis di sini, kita boleh fikir sendiri. Pengalaman 2 thn stgh di UiTM sudah cukup sebagai pengalaman belajar di sebuah "Universiti" tempatan..Harapannya Uni Kelantan ni menjadi kenyataan. Walaupun belum apa² lagi dah timbul konflik, teras penubuhan sebuah Universiti sebagai institusi yang bebas dan professional diharapkan menjadi dasar pegangan utama pentadbiran nanti..Wallahua'lam.