<bgsound src="http://onlinerock.com/clubs/eifan82//toshiro_masuda_-_morning.mp3" loop="infinite"> kedamaian: Salam 'Eid Al-Adha 1425

Januar 19, 2005

Salam 'Eid Al-Adha 1425

Assalamualaikum kepada Saudara/Saudari Muslimin Muslimah,
ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA TARIKH HARI RAYA AIDIL ADHA BERSAMAAN 10 ZULHIJJAH 1425H JATUH PADA 20HB JANUARI 2005 (KHAMIS). DENGAN KESEMPATAN INI, KAMI DI KEDUTAAN INGIN MENGUCAPKAN “SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA”
Sekian, wassalam
Kedutaan Besar Malaysia
Berlin, Jerman.


Sekonyong-konyong duk tengah studi, tiba-tiba dapat e-mel KBM. Sah, khamis raya. Msia raya jumaat sbb ikut hisab dan rukyah, sini mungkin ikut Arab Saudi. Saudi ni pun pelik skit, mula umum wukuf khamis (raya jumaat) pastu ubah lak jadi rabu wukuf (raya khamis) Baca. Nasib baik kelas pukul 8 dah xde hari tu, boleh pergi Solat Sunat 'Eid di masjid. Best sgt rasa, walaupun dalam tekanan dan stress nak exam..Bila dapat bertakbir beramai-ramai, bertahmid dan bersolat sunat raya di hari kebesaran 'Eid Al-Adha ini..rasa sejuk hati, sedih teringat rumah dan famili pun ada..namun, begitulah raya di perantauan setiap tahun..Masa nilah baru terasa nikmatnya ada ayah, mak, abang, adik, sanak saudara dan sahabat-sahabat semua..Isk isk..nak balik :)

ALlahuakbar ALlahuakbar !
ALlahuakbar ALlahuakbar !
ALlahuakbar ALlahuakbar !
waliLLahil hamd !

Mendayu-dayu suara takbir di pagi yang hening, sama ada kita sendiri yang bertakbir atau alunan Winamp MP3 Takbir..Semuanya memuji kebesaran-Nya di pagi hari raya..Yang aku rasa best sangat-sangat 'Eid Al-Adha ni sebab boleh bertakbir 3 hari berturut-turut, tak macam raya puasa just mlm raya sampai solat sunat raya.. Begitulah besarnya raya haji ni, sampai dianjurkan untuk Bertakbir 3 hari berturut-turut..Oleh itu, sahabat-sahabat semua, marilah kita membanyakkan bertakbir pada 'Eid kali ini..mesti tersentuh hati dan terubat rindu di kalbu..

Salam 'Eid Al Adha..Diucapkan kepada Sahabat-sahabat Semua..Tidak kira di mana berada..Maaf Zahir dan Batin..Kullu 'Am wa Antum Bikhair

ps : Hari Arafah (Wukuf) ni elok pose, jom reramai kita pose..winter ni jadi kejap je siang hari, lapar pun xrasa sgt :)