<bgsound src="http://onlinerock.com/clubs/eifan82//toshiro_masuda_-_morning.mp3" loop="infinite"> kedamaian: Januar 2005

Januar 28, 2005

Tenangkan hati

Dah tensen studi..dgr nasyid lak..:) Sesama doa dan tawakkal kpd-Nya utk exam start esok..Insya-Allah tenang-tenangkan hati..rilekskan minda..Alles gute sume Bingeners!

Sutera Kasih - In Team
Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih

Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian

Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa

Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan

Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya

Ambik kat
http://liriknasyid.com

Januar 22, 2005

LET THE BATTLE BEGINS!!!

Raya abis, Battle Zone bermula..Lagi seminggu utk start first paper final exam Wintersemester 04/05..dalam ketenangan dan kedamaian, perlu juga semangat yang kuat dan jitu..cam Lagu latar kali ni :) especially dalam situasi Do or Die skrg..lets do our best dlm exam ni.. InsyaAllah study smart pray hard!

Klausuren aku kali ni :
- Thermodynamik, Strömunglehre, Physikalische Chemie
- Edat JAVA 2
- Physik 2 Elektrotechnik
- Chemie 2 Organik n Analytik
- Mathematik, Statistik
- Mikrobiologie, Biochemie

Gambatene!!!

Januar 21, 2005

Satu hari di hari raya..

Satu hari di hari raya..cam lagu M Nasir lak, tp tulah realiti raya di perantauan. Post kali ni skit je, citer psl raya kali ni. First skali, malam raya lepas..Aku berjaya masak nasik minyak buat pertama kali :) then makan ngan member² semua, ala² sambut raya dh ler..1st day raya, not much..Solat Raya, pastu g kelas sampai petang..Harini 2nd Day baru rasa best, maybe sbb Malaysia baru raya..terasa bahang meriahnya acara korban, melapah daging dan masak untuk jamuan famili bersama sanak saudara..semua berkumpul n merapatkan kembali silaturrahim..Kat sini, lepas jumaat je Nena n Wawa jemput ke rumah diaorg..Wat jamuan raya skit, best nasik beriani diaorg..dh makin expert bab masak ni, cukup syarat dh kot nk kawin :) pas mkn semua borak² psl nk exam sume n plan utk cuti..xsabar la plak nk cuti, tp papepun Exam dulu! ok Mekasih bbyk Nena n Wawa..Selamat Raye!

ps:
-Ada update Post Chronik des Blog...tgk kat bawah..
-Website al-Firdaus, sangat menarik untuk kita baca,berkenaan ilmu-ilmu Islam..kandungan yang senang utk kita fahami,antaranya E-Book Pedoman-Pedoman Bermazhab Dalam Islam, Panduan Musafir Penerbangan dan lain-lain. Aku rasa elok sgt untuk students oversea.

Januar 19, 2005

Salam 'Eid Al-Adha 1425

Assalamualaikum kepada Saudara/Saudari Muslimin Muslimah,
ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA TARIKH HARI RAYA AIDIL ADHA BERSAMAAN 10 ZULHIJJAH 1425H JATUH PADA 20HB JANUARI 2005 (KHAMIS). DENGAN KESEMPATAN INI, KAMI DI KEDUTAAN INGIN MENGUCAPKAN “SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA”
Sekian, wassalam
Kedutaan Besar Malaysia
Berlin, Jerman.


Sekonyong-konyong duk tengah studi, tiba-tiba dapat e-mel KBM. Sah, khamis raya. Msia raya jumaat sbb ikut hisab dan rukyah, sini mungkin ikut Arab Saudi. Saudi ni pun pelik skit, mula umum wukuf khamis (raya jumaat) pastu ubah lak jadi rabu wukuf (raya khamis) Baca. Nasib baik kelas pukul 8 dah xde hari tu, boleh pergi Solat Sunat 'Eid di masjid. Best sgt rasa, walaupun dalam tekanan dan stress nak exam..Bila dapat bertakbir beramai-ramai, bertahmid dan bersolat sunat raya di hari kebesaran 'Eid Al-Adha ini..rasa sejuk hati, sedih teringat rumah dan famili pun ada..namun, begitulah raya di perantauan setiap tahun..Masa nilah baru terasa nikmatnya ada ayah, mak, abang, adik, sanak saudara dan sahabat-sahabat semua..Isk isk..nak balik :)

ALlahuakbar ALlahuakbar !
ALlahuakbar ALlahuakbar !
ALlahuakbar ALlahuakbar !
waliLLahil hamd !

Mendayu-dayu suara takbir di pagi yang hening, sama ada kita sendiri yang bertakbir atau alunan Winamp MP3 Takbir..Semuanya memuji kebesaran-Nya di pagi hari raya..Yang aku rasa best sangat-sangat 'Eid Al-Adha ni sebab boleh bertakbir 3 hari berturut-turut, tak macam raya puasa just mlm raya sampai solat sunat raya.. Begitulah besarnya raya haji ni, sampai dianjurkan untuk Bertakbir 3 hari berturut-turut..Oleh itu, sahabat-sahabat semua, marilah kita membanyakkan bertakbir pada 'Eid kali ini..mesti tersentuh hati dan terubat rindu di kalbu..

Salam 'Eid Al Adha..Diucapkan kepada Sahabat-sahabat Semua..Tidak kira di mana berada..Maaf Zahir dan Batin..Kullu 'Am wa Antum Bikhair

ps : Hari Arafah (Wukuf) ni elok pose, jom reramai kita pose..winter ni jadi kejap je siang hari, lapar pun xrasa sgt :)


Januar 15, 2005

Chronik des Blog

Abstract
Harini baru masuk 2 minggu umur Blog aku. Mentah sangat kalau nk dibandingkan ngan rakan² bloggers n journalists yang lain. Tapi alhamdulillah, akhirnya siap jugak Blog aku sendiri. Dah berjaya post 5 Entry dan insyaAllah maintain 2 entry at least per Week. Aku dh dkat 2 tahun sebenarnya baca blog ni, antaranya yang ada kat Link tu. Dan yang lain blog aka journal berkenaan tajuk agak ilmiah. Boleh tambah Ilmu dan pengalaman. Bak kata Pak Subky Latif dalam blognya ' Min aina Ila aina'..Amat rugi kalau kita xcatatkan setiap "thoughts" yang keluar daripada minda kita setiap hari, sbb nanti satu hari berguna utk kita baca balik..Bermulanya aku nk tulis blog secara serius ni lepas berlaku beberapa kejadian Hari ini dalam Sejarah :) dalam waktu² yang terdekat lepas..Pastu memang sebenarnya aku suka berfikir, bila tgk sesuatu menda tu mmg ada je yang aku fikirkan mengenainya..dan Cara pemikiran dan pandangan aku pulak berbeza daripada org lain, bak kata sahabat baik aku..tula maybe ada org kata aku ni pelik skit hehe :) so apa salahnya aku buh dalam blog ni..insyaAllah untuk diri sendiri, dan readers lain yg feel free nk baca dialu-alukan, dan lagi best kalau leh comment atau bincang ;)

Logbook
31.12.04: First try nkwat Blog, dibantu oleh Senpai ngan GrAnDuk3..Mekasih!
01.12.05: Tepat jam 00:00, Blog dilancarkan. Tp xde post lagi..testing. Pastu baru Post 1st Entry. Pakai template Sample dpd Blogspot. Xde Chatbox,counter,etc lagi. Entry memula ni pendek, pengenalan dan ayat puitis skit :)
02.12.05: Masukkan lagu. Berjaya, tp xbunyi dlm komputer sdiri. Rupanya masalah plug ins browser.
Post 2nd Entry, baru betul² tulis. Panjang skit, ayat biasa + tazkirah.
06.12.05: Post 3rd Entry, lepas balik dpd Köln. Masukkan ChatBox, Counter, Links, Bloggers - Granduke, Cung, Farr Fattah, Nummerzwei. Edit Profile, buh gambar, edit background.
09.12.05: Post 4th Entry. Teknik baru, Photo Blog. Guna Photobucket, tambah Kalendar Hijrah, Links baru, Bloggers - Anod.
13.12.05: Post 5th Entry, buh gambar kat Entry pertama. Tambah Links, Bloggers - Enigmabintun, Sudincubus.
14.12.05: Post 6th Entry. Masuk 2 minggu tulis blog, 5 Entries. Cdg nk tulis Logbook ni, tp sempat wat Abstrak dia je dulu. Leh tgk balik asal-usul camne aku leh mula tulis Blog :)
19.12.05: Post 7th Entry, dah nk raya. Tukar gambar profile,tukar buh mp3 Takbir.
21.12.05: Update Chronik des Blog ni, buh Bloggers - Wawa.

Remarks
Masa memula tulis blog, xtau the best way to write it. Minta maaf kat sesiapa kalau terasa bosan ngan gaya bahasa aku, insyaALlah lepas ni cuba pelbagaikan teknik penulisan...Biasa, ilmiah, puitis, tazkirah, atau simple je..Aku akan gunakan 4 bahasa..Melayu, English, Deutsch dan Arab skit²..Contents Blog aku pun akan cuba dipelbagaikan, tp cerita² pasal daily life diminimizekan..byk psl daily thoughts insyaAllah..pastu Senpai penah ckp kat aku..better Anonymous je kat Blog ni, hm..betul jugak tu, tp since aku xkan menyentuh topik sensitif awal² ni..insyaAllah ok je kot camni..aku akan beralih jugak ke anonymous bila sampai masa nanti :) Aku jugak rasa better minimizekan buh gambar, sbb kalo nk tgk gambar baik g Fotopages kan..tp sometimes sbg hiasan leh gak buh, kalau x boring je tgk tulisan :) rasanya tu je kot..enjoy reading..Wassalam n bis dann!

Januar 12, 2005

Kedatangan Zulhijjah bulan Ummat



Hari ini masuk 1 Zulhijjah 1425 Hijriah, bersamaan 12 Januari 2005 Masehi. Tinggal sebulan lagi untuk tahun baru hijrah Awal Muharram 1426. Tengah kita sibuk-sibuk dengan tahun baru 2005 sedar tak sedar kita dah di bulan terakhir 1425H, bulan Zulhijjah yang penuh dengan sejarah penting ummat Islam. Aku terutamanya yang semakin sibuk nak final exam Wintersemester 2004/05 sampai boleh terlupa I'dul Adha yang menjelang tiba 10 hari lagi. Simbol kekuatan dan perpaduan ummat Islam yang terletak pada Ibadah Haji terserlah pada bulan ini melalui ibadah Wukuf di padang Arafah pada 9 Zulhijjah. Bayangkan berjuta-juta umat Islam tidak kira bangsa, warna kulit, bahasa dan kedudukan bersama-sama mengerjakan ketaatan kepada-Nya..ALllahu-Akbar..! Dalam aku teringat pasal ni, terbelek buku Amalan Sepanjang Hayat terbitan Muafakat Sdn Bhd..Boleh kongsi ngan semua amalan-amalan yang di tuntut dalam bulan ini :

1-8hb : Sunat berpuasa
8hb : Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat.
9hb : Hari Wukuf di padang Arafah. Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat. Sunat berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji.
10hb : Hari Raya I'dul Adha, solat sunat I'dul Adha, bertakbir. Melakukan korban.
11-13hb : Hari-hari tasyrik. Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat. Bertakbir selepas solat waktu.
29/30hb : Selepas solat Asar membaca doa Akhir tahun.


Aku rasa kita pun kena perbetulkan kefahaman bahawa raya I'dul Adha tidak membawa sebarang makna yang besar, cam raya I'dul Fitr. Para Ulamak telah menegaskan bahawa I'dul Adha berkali ganda lebih besar afdhal menyambutnya daripada I'dul Fitr. Untuk kita kat oversea ni, insyaAllah di samping sibuk studi dan kelas, renung-renungkan dan banyakkan amalan..Untuk peringatan kepada diri aku, aku petik msg YM usmedpmram :

KAMI MENGAJAK SEMUA SAHABAT2 MUHASABAH DIRI DAN MENAMBAHKAN AMALAN SEMPENA DENGAN SEPULUH HARI AWAL DALAM BULAN ZULHIJJAH : Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”. Para Sahabat Baginda bertanya : “Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah ?” . Ujar Baginda : “Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”. Imam Ahmad Rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”. Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir Radhia Allah ‘anhu bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Seutama-utama hari adalah hari ‘Arafah”.

Januar 09, 2005

Pics Post...Keluarga Besar Bingen :)

Ha..Untuk mempelbagaikan teknik blog, kali ni aku nak cuba photoblog lak..untuk testing..nak citer sket laa pasal member² sekampung atau nama yang aku bg..Keluarga Besar Bingen hehe..



Ni gambar sblm raya lepas, kat bilik ketua kampung..plannyer nk hantar ke newspaper msia tp xde org hantar..ni baru lepas bukak pose reramai..siap pakai baju melayu lagi huhu..Bingeners sume setakat ni 9 org..8 batch alg4, sorg alg5, dan akan dtg 2 org alg6..bertambah ramai ler keluarga kiter..

Dari Kiri : Azali aka Sudin-Maschinenbauer dan Ketua Chef Bingen..dia ni terer masak oo..sports pun ok, Ihsan-Maschinenbauer, Aku, Azura aka Wawa-Maschinenbauer, (belakang) Lutfee aka Loot-Maschinenbauer, juga ketua kampung yang berdedikasi, Karena aka Nena-Elektrotechniker..terer ni oo, org 1st dpt Vordiplom kat sini, Shahril Izwan aka Iwe-Informatiker dan juga pakar komputer bingen/wilayah rhein main hehe..dia ni hackers gak aa seskit, Apis aka Judin aka Gaban-Maschinenbauer Jr..satu²nya junior bingen..merangkap anak buah aku hehe..Sorg missing dalam gambar ni ialah Anod..ada kat gambar bwh ni..



Ni kat umah Kak Ina, pure kelate yang dh menetap di Frankfurt, Germany bersama family dia pada 1 Syawal 1425H. Di samping penduduk kampung Bingen, org kampung Rüsselsheim dan Darmstadt pon ada bersama rombongan Saarbrücken..Dari depan kiri : Shahab, Farr, Fattah, Hamka..Belakang Kiri : Loot, Anod, Matt, Judin, Iwe, Akashah, Aku, Muncung aka Fitri..



Ni masa kenduri kat Frankfurt..Empunya badan yang kat tgh tu..tau kan sape :) Bergambo ngan dia ni, InsyaAllah pakat² amik barakah org pertama kat sini..berkat selamat..hehe ;)


Opss...ni plak gambar sesaje, bukan perasan ke ape hehe...requested by someone :) ni kat umah Kak Su di Eddersheim, Frankfurt masa last raya.

Januar 05, 2005

2 tahun berlalu..pengalaman mendewasakan

Dalam tak sedar, dah genap dua tahun hari ni aku kat bumi Jerman. Semalam 4.1.05 aku ke Fraport (Frankfurt Flughafen-Frankfurt Airport) amik junior, dan hari ini 5.1.05 ke Köln (Cologne) berjumpa diaorg. Dua-duanya, tempat yang sama kitaorg 2 thn lepas, pada 4.1.03 dan 5.1.03 yang dingin (seingat aku suhu -5 C), menjejakkan kaki ke satu lagi babak hidup yang baru. Kronologinya secara kebetulan semuanya sama, tiba di sini 4.1, terus ke Köln dan 5.1 memulakan hidup sebagai perantau di bumi Jerman. Kehidupan di sini sebagai student semestinya banyak memori suka duka, mengajar aku dan rakan-rakan erti hidup. Once we are here, there are no turning back..Face it, live it, enjoy it, and be success.

Dalam pada itu, teringat aku aku kat member² serumah masa kat Köln dulu. Florastrasse 96, Nippes-Köln. Alamat ni mesti abadi dalam kenangan aku, meje, itik, dan zahlen. Tiba pada tengahari 4.1.05 jam 13:00 di CDC Hansaring dan masuk rumah jam 15:00. Lepas rehat sekejap, jam 17:00, kitaorg dah keluar berjalan-jalan di sekitar Nippes. Nippes ni salah satu Stadtteil Köln (Bhgn dalam city). Bayangkan dlm kesejukan suhu winter, tetiba turun salji hehe..the very first day in winter, at overseas, i felt the coolness of snow :) in fact, some locals said that, that is the first snow for that winter..hehe Berkat kitaorg sampai kot. Then later, the days of 2 months in Köln really taught us how to be tough to face the reall life of a german society.

Namun, kadang-kadang terfikir..adakah masa yang berlalu itu telah dimanfaatkan dengan sebaiknya..adakah misi dan visi aku tercapai..hm..Tanyalah hati sendiri, tanyalah iman sendiri, hanya diri sendiri mampu membuat muhasabah diri..memories of the past remain..time of todays will be gone..insyaAllah strive for the better future ahead..

Januar 03, 2005

New year..New Hopes..New Determinations

Tahun baru masehi datang lagi..2005, tahun ke-lima abad ke 21..tahun ke 23 kalendar hidupku mengikut pengiraan sistem kalendar gregory..Mungkin ada yang kata tahun baru masehi tidak elok disambut, juga tidak dinafikan pendapat untuk lebih baik mengutamakan Awal Muharram tahun hijriah..namun tidak ada salahnya jika kita memenuhi pertukaran tahun mengikut masehi ini..dengan azam serta tekad untuk berubah ke arah lebih baik daripada masa-masa sebelumya.. Maksud firman-Nya: [ Demi masa! Sesungguhnya semua manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan melaksanakan amalan baik. Dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran ] Al-Asr 103:1-3.

2004 meninggalkan bukan sedikit kesan kepada aku..penuh dengan memori, suka duka, sejarah tercipta, dicipta, tidak kurang jua masa hanya berlalu bagai ombak tsunami melanda pantai..Astaghfirullah, manusia berdosa setiap saat dan ketika, kerana tidak memanfaati masa kurniaan-Nya sebaiknya..Pertukaran masa ke angka 2005 ini mesti menjanjikan perubahan, harapan dan kesanggupan untuk cuba mengoptimumkan umur sebegini pendek buat mencapai keredhaanNya..Kekuatan harus kucari, kukumpul dan kujana agar tidak tersia semangat baru ini sebagaimana kata-kata harapan kosong masa-masa lepas..Tahun ini makin berat tanggungjawab dipikul..sebagai Anak, Rakan, Sahabat, Pelajar, Presiden, dan terpenting Khalifah serta Hamba-Nya dimuka bumi..

Maksud Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم ( Daripada Ibnu Umar r.a: Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin ) Sahih Muslim.

2005 ini tahun ketiga Diplom (FH) Biotechnologie aku, tahun paling penting aku kira untuk pengajian ijazah pertama di Jerman ini..Grundstudium mesti dihabiskan, Hauptstudium mesti dimulai dengan keputusan Klausur yang "hensem" :) dalam kesibukan dan tekanan studi ini juga datang lagi "priority"ku kedua sebagai Presiden Malaysian German Student Society MGSS..Satu persatuan pelajar seluruh Jerman, dari utara Nordsee ke selatan Bodensee, dari russische Poland di timur ke französische Belgium+Holland..semuanya di bawah mgss, uh..what a tough responsibilty..insyaAllah kucuba sedaya upaya memenuhi 2 amanah teratas dalam "ranking" hidup ini..dan keutamaan seterusnya akan menjadi mudah dan dipermudahkan hendaknya ameen..

' Don't give up. You may not know success if you stop trying one attempt too soon. Try to get better in some way, each and every day. They say that room for improvement is always our biggest room '

These words whispering me everyday..from deep inside of my love's heart..Nourishing my heart and soul..Gambatte 2005!


Januar 01, 2005

When our minds speak


Syukur kepada-Nya, HamdalliLlah, Thanks god The Almighty, Gottseidank...Terbuka juga minda dan hatiku untuk akhirnya menulis blog, menyertai geng Bloggers blogsopt.com, blogdrive.com, xanga.com dan lain-lain..

Sama-sama memeriahkan dunia coretan fikiran dan bingkisan hati ini..Blog bukan sekadar tulisan, tetapi luahan perasaan dan lirikan idea untuk menjadi peniup semangat serta pencetus rasa..to live this life fully..

To all readers, happy reading, please feel free to comment and hope to share our thoughts in this Blogger's World..Tiada kata dituturkan, tiada buah fikiran diluahkan, melainkan beralaskan bahasa..Yang luhur itu budi, yang indah itu bahasa..

At this moment, first minute of 2005..my fingers will start tipping..my words will flow..my mind ignites..my thoughts speak..let's enjoy bloggin!

Note:
Wallpaper ToshibaHermit..ihsan Toshiba Europe Corporation, laptop dan mobile wokstation rasmi aku.