<bgsound src="http://onlinerock.com/clubs/eifan82//toshiro_masuda_-_morning.mp3" loop="infinite"> kedamaian: Kelantan in News

Februar 02, 2005

Kelantan in News

Tgh duk belek² paper online, terjumpa berita ni..Endlich eine Uni in Kelantan, akhirnya satu Universiti di Kelantan..yang nk di'highlight'kan kat sini bukannya isu politik pemilihan tapak tersebut, tp perancangan penubuhan tersebut..

Universiti Kelantan: Tapaknya di Jeli bukan Kok Lanas?
Monday, January 31 @ 17:40:12 MYT Harakahdaily

JELI, 31 Jan (Hrkh) – Ramai penduduk mahu Jeli dijadikan tapak bagi cadangan pembinaan Universiti Kelantan yang berasaskan sains perubatan dan bukannya di kawasan Dewan Undangan Negeri Kok Lanas di Ketereh. Pelbagai pihak di sini berpendapat, Jeli mempunyai tapak yang sesuai berbanding Kok Lanas, memandangkan banyak lagi kawasan belum dimajukan. Baru-baru ini, Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Dato’ Annuar Musa memberitahu pihaknya melobi supaya Universiti Kelantan yang berteraskan sains perubatan dan bioteknologi dipersetujui kerajaan Pusat. Malah katanya, universiti tersebut akan membuat pengambilan pertamanya mulai sesi 2006/2007. Memorandum penubuhan universiti tersebut diserah kepada Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak dan Kementerian Pengajian Tinggi. Cadangan itu kemudiannya mendapat respons kerajaan negeri, di mana Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Ustaz Mohd Amar Abdullah berharap hasrat Umno tersebut benar-benar menjadi kenyataan dan bukan sekadar retorik semata-mata.
Berita penuh.

Teras universiti baru ini yang katanya Medic n Biotech menarik minat aku. Kalau betul jadi maka di sini satu peluang yang cukup luas untuk 'academicians, engineers n technicians' khususnya bidang sains perubatan, farmasi, sains biologi, bioteknologi dan kejuruteraan berkumpul di satu institusi untuk memajukan bidang ini. Selain untuk mendidik pakar² baru, R&D boleh bertapak..dan jadi cam kat Germany ni, industrial oriented Institution..

Namun, untuk sampai ke tahap tu mmg xtau lah bila..sebagaimana yang boleh kita tengok kat Universiti² sedia ada..politiking melebihi professionalisme..susahlah untuk mencapai tahap yang diharapkan..Setakat nk menubuhkan dari segi fizikal, bangunan besar indah tersergam..tapi pengisian dan org² di dalamnya..hm..contohnya rasa xpayah ditulis di sini, kita boleh fikir sendiri. Pengalaman 2 thn stgh di UiTM sudah cukup sebagai pengalaman belajar di sebuah "Universiti" tempatan..Harapannya Uni Kelantan ni menjadi kenyataan. Walaupun belum apa² lagi dah timbul konflik, teras penubuhan sebuah Universiti sebagai institusi yang bebas dan professional diharapkan menjadi dasar pegangan utama pentadbiran nanti..Wallahua'lam.

1 Comments:

At 7:28 PM, Blogger Unknown said...

waahh..baru terbaca.. bukan uni kelantan.. UK je..besh gak..hihi =)

 

Kommentar veröffentlichen

<< Home