<bgsound src="http://onlinerock.com/clubs/eifan82//toshiro_masuda_-_morning.mp3" loop="infinite"> kedamaian: Salam Awal Muharram

Februar 09, 2005

Salam Awal Muharram

Salam 1 Muharram 1426, tahun baru hijriah bersamaan maal hijrah Rasulullahi SAW. Sempena tahun baru ni, sesama kita usaha ke arah memperbaiki diri, muhasabah jiwa, 'tazkiyatunnafs' menyucikan hati..insyaAllah menuju mardhatiLlah..Selama 2 tahun di luar negara, diri sendiri ni rasanya makin banyak lagha dan lalai..bila redha-Nya jauh, nur hidayah hilang, ketenangan kurang dan rasa cam tak berkat je sume benda yg dibuat..InsyaAllah azam daripada sekecil-kecil perubahan..terutamanya menjaga solat 5 waktu tertib dan tartilnya..kpd perubahan yang lebih besar lagi..Ameen..

Renungkanlah maksud Doa Awal/Akhir tahun, sbg niat kita di thn baru :

"Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia."

"Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu."

rujukan : Darulnuman

Alhamdulillah rini selesai satu lagi paper, lagi 2 to go..Abis 18.2 nanti, 21.2 terus mula praktikal sebulan ni Mainz sampai ende März..So xbanyak masa nk rileks..Kepada yang balik Msia Winterferien ni, Gute Flug! Best aa korg balik..isk isk..insyaAllah aku balik summer dpan :) Yang dh abis xm, tgh xm, baru nk mula xm..Alles Gute..yang nk reisen/travel tu Gute Reise.."Berjalanlah di muka bumi ini dan perhatikanlah tanda-tanda kebesaran Allah SWT".. ALG5 yang nk mula Praxissemester selamat berkeje la korg..batch senior ALG3 yg dah nak abis 2. Praxissemester congrats..nk grad xlame dah..Kat org Msia, selamat cuti CNY..Leh rehat lama skit kat umah..kat farid member aku..best la demo buleh ngail ude galoh di sg kelate..Selamat Ngail :) bis dann Wassalam Sume!